TIKAM & SIMBAH CUKA : HAKIM TAMBAH LAGI HUKUMAN

Hasrat seorang penganggur untuk mengurangkan hukuman tidak tercapai malah Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bharu menambah hukuman sedia ada atas alasan kesalahan yang dilakukan kejam dan tidak berperikemanusian.

Noor Habin Sulaiman, 43, tergamak menikam dan menyimbah cuka getah kepada teman wanitanya, Nurain Ashikin Jemedi, 18, yang ketika itu sedang mengandung pada Disember tahun lalu kerana cemburu.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan 8 sebatan kerana cuba membunuh dan menyebabkan cedera parah terhadap mangsa. Sebelum ini Noor Habin dijatuhi hukuman penjara 17 tahun, 5 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi setelah mengaku bersalah cuba membunuh Nurain.

Sumber : Akhbar Sinar Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan