Hargailah sebelum ia hilang

Kita jarang menghargai apa yang kita ada dalam hidup ni. Kita cuma akan sedar betapa berharganya sesuatu itu bila kita dah kehilangannya. Aku akui, aku sendiri pun akan menyesal kerana aku tidak menghargainya bila aku masih memilikinya.

Member aku pun pernah bagitahu, itu sememangnya sifat manusia. Kita mungkin tak sedar betapa berharganya sesuatu itu. Pada kita, ianya biasa sahaja. Sama seperti benda atau perkara lain yang kita ada. Tapi saat kita mulai kehilangannya, baru kita mengejar dan cuba mendapatkannya semula tetapi ia sudah terlalu lambat utk kita...

Bukan mudah utk kita dapatkan sesuatu yang berharga dalam hidup kita. Jadi, belajarlah utk menghargai atau kita mungkin kehilangannya....

:- Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang  diberi, cukuplah sekadar menjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan