Assalamualaikum…
.
Sakit hati ? 
Janganlah tanya bagaimana rasanya…semua orang pun pernah mengalami nya kan? Kan? 
Satu lagi jangan lah nak tanya siapa yang buat hati terasa (pedih..perit)…memang sukar untuk di jelaskan…tetapi sangat jelas terasa di bahagian dalam dada.


Sakit hati tidak semestinya di sebabkan oleh sesuatu hubungan percintaan…tapi ianya mungkin di sebabkan oleh perbezaan pendapat dengan rakan mahupun anggota keluarga ataupun orang yang tidak kita kenali. Pabila hati terasa sakit…sukar untuk kita memaafkan dan mempercayai orang yang 
melakukannya.


Kita mesti menyedari bahawa tidak satu pun orang di dunia ini yang tidak pernah sakit hati…termasuklah kita sendiri, teman biasa, awek, pakwe , sahabat baik ataupun keluarga….sebaik mana pun diarang, suatu saat nanti akan menjadi orang yang menyakiti hati kita..percayalah!!


Kita perlu tahu untuk mengelakkan diri dari sakit hati adalah bukan percaya kepada orang lain tetapi percaya kepada diri dan perasaan kita. Luahkan apa yang kita suka dan apa yang tidak disukai.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan